Friday, July 8, 2011

petua nenek

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.
Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

Sunday, February 13, 2011

ketakutan dan kerisauan

bagaimana aku akan meneruskan kehidupan tanpa org yang aku.syg
aku perlukan mereka kerana aku sygkan mereka
kerana kasih syg yg diberi begitu melimpah ruah..
semoga org yg sentiasa berbuat baek dgn aku panjang umur dan murah rezeki
dijauhkan dari masalah dan bencana

Ya Allah..jauhkanlah aku dari org2 yang menyakiti,melukai dan menjejaskan aku..
jika Engkau meberi dugaan kepada aku..berilah aku dugaan yg aku mampu hadapi
sesungguhnye aku hanyalah insan yg sgt2 lemah
yg banyak kekurangan diri..

Ya Allah bahagiakanlah org2 yg aku syg..
jauhkan lah mereka dari kesakitan,keaiban dan malapetaka..
sejahterakan lah mereka dikala hidup dan mati mereka
tempatkanlah kami di kalangan org2 yang beriman
maafkanlah segala dosa2 kami
sesungguhnya kami hanyalah ha,bamu yg daif dan tidak berdaya

:'(

my feeling just doest seem feel good..erm..

ditulis oleh si gadis

Wednesday, December 22, 2010

what a pathetic gurl i am

i couldnt do anything to myself..
no matter how much i run,
i still in the same spot..
whatever i did, and no matter how hard i try..
 i always end up like im doing nothing
and finally i end up being just a pathetic gurl..

Saturday, December 18, 2010

bosan betol bile terlebey lembot neh

tegor ckit pon nak touching..mcm la baru kenai sehari dua..makin besar makin mnja..lau manja yg menceriakan xpe gak..ni nak menangis bagai..mcm la aku ni terok sgt..wat touching lebey2 lak..lau da menyampah sgt..aku pon boley belah..xhingin nak duk cni lama2..menda kecik pon xley nak handle..argh tensen! nak balik umah! ;(

im just an ordinary gurl..sumtyme i said sumthing stupid,rude,noisy,
but it doesnt mean im bad gurl..sumtyme it just come out from my mouth..n u shudnt be so emtional bout it..
just let it go..take it easy la..haizz..xkan la nak aku sopan santun setiap masa..ni la yg susah lau duduk sebumbung ngn orang yg terlebey lembot neyh! cakap kasar ckit nak nangis bagai..sori la yek! da aku memg camneh..bukan nye aku kutuk pon..just tegor ckit je..maybe kasar..tapi xkan aku nak tegor dengan sopan santun macam kau..da sejak azali memg camtuh..deyyy

Monday, December 13, 2010

jom maen travian!

huhu..rini my hubby memperkenalkan aku game baru..iaitu travian..sungguh2 dye suh ak maen..xtau la ape yg bes sgt.da dye suh maen..aku pon maen jela...

tyme nak suh maen tuh..dye ajar aku step by step..start dari nak daftr..sampai la nak bina kmpung aku..
oh lupe lak nk gtau.travian ni game yg berkaitan tentang strategi untuk pembinaan kawasan kampung..dlm game neh aku ade kampung aku sendiri..n aku mesti tanm byk sumber,bina bangunan.ade askar sendiri..da mcm2 lah..nak tau survey sendiri k.or lau uols ade hubby yg suke maen menda neh..suh la dye terang kat uos ok..

mcm yg en hfis neh wat.dye terang kat aku,da mcm ala2 perbahasan parlimen da..serius giler..aku da xde mood nk dgr pon dye paksa..mcm la menda neh masuk final..kah3..(jgn mrah aaaa~~)

so sape2 nak maen..ini link dye..hafis feveret game
.setakat neh populasi kmpung aku ade 19..xtau la lepas neh kan..huhu..sedang berusaha nak menyingi my hubby..huhu

dtulis tanpa perasaan oleh si gadis pada pukul 2:46 am

Thursday, December 9, 2010

laptop x detect external harddisk or memory kad


ni post khas utk si gadis cumil...
benda ni terjadi kat sy pada malam smalam.mmg serabut nak buat benda ni awal2...sampai pecah buah pinggang dok pikir...haih,serabut la barng teknologi ni..nasib ada internet yg banyak membantu sy..makasih mak ngan abah sbb bli celcom brukband....
post ni utk laptop yg undetect external or memory kad...utk memory kad,leh guna kad reader..

                                        comel kan card reader nih...


semua ni jd sbb laptop x instal device utk memory kad tu...klu x bleh jugak, guna teknik sama ngan external...



- mula2,tekan Start kat taskbar,pastu right-click my computer (right klik my computer desktop pon x pa) pastu amik 'manage'.
- cari computer management,dan klik disk management.
- kat situ ada device yg tersembunyi,right klik ja utk bukak...
dan siap!!!

selamat mencoba2 k...jana~